Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan.
Untuk membuat sebarang pesanan :
- Sila SMS/email kod barangan yang dikehendaki untuk memastikan barangan tersebut masih mempunyai stok atau tidak.
Pihak Butik-MyDreams akan memberitahu butiran barangan tersebut bersama jumlah bayaran.
Sila sahkan barangan yang dikehendaki dengan segera.
Masukkan jumlah bayaran ke dalam
Akaun : Mydreams Enterprise
- Maybank : 562834500554
CIMB : 12370000239103
Sila sahkan bayaran anda kepada kami melalui SMS/email beserta alamat untuk tujuan pengeposan.
Penghantaran akan dibuat setelah bayaran disahkan. Pihak kami akan menghantar SMS/email kepada anda mengenai butiran pengeposan. Butik-myDreams memerlukan tempoh 3 sehingga 5 hari bekerja untuk menguruskan penghantaran anda.
Sila SMS/email kepada kami sekiranya anda sudah menerima atau masih tidak menerima barangan anda.
Kos penghantaran :
- Untuk semua Koleksi Butik-MyDreams, harga yang dipaparkan adalah tidak termasuk kos penghantaran. Kos penghantaran yang dikenakan :
Semenanjung Malaysia : RM 6
Sabah/Sarawak : RM 12
Kami menggunakan khidmat penghantaran POS LAJU
Tempahan :
- Anda boleh melakukan tempahan barangan daripada Butik-MyDreams.
Deposit RM 10 akan dikenakan untuk mengesahkan tempahan anda.
Sekiranya anda membatalkan tempahan anda, wang deposit anda akan dikira hangus.
Tempahan hanya boleh dibuat selama 5 hari sahaja. Selepas 5 hari, wang deposit akan dikira hangus.
Pemulangan :
- Jika barangan yang diterima mempunyai kerosakan, anda bolehlah memulangkan kembali barangan tersebut kepada kami dalam tempoh 3 hari selepas menerima barangan tersebut.
Sila maklumkan kepada kami berkenaan kerosakan tersebut.
Kos penghantaran akan dikenakan untuk menghantar barangan tukaran.
*Semua syarat adalah sah untuk semua pelanggan/dealers dan tertakluk kepada sebarang perubahan dari semasa ke semasa.
Pengurusan Butik-MyDreams
(013) 224-6693
butik_mydreams@yahoo.com
Skype : butik_mydreams
YM : butik_mydreams
No comments:
Post a Comment